Lensa ntt – Suasana pantai memang paling tepat sebagai tujuan wisata maupun tempat untuk menenangkan pikiran dikala sedang galau.  Menurut CNN, terdapat lebih 100 pantai yang terindah di seluruh pelosok dunia untuk bercuti. Berikut antara pantai-pantai yang indah di seluruh Asia Tenggara dan terbaik untuk merehatkan diri anda sekeluarga.

 berikut ini pantai-pantai terindah yang ada di asia tenggara

#1 – Pulau Palaui, Lembah Cagayan, Filipina

Pasir putih yang memenuhi batu-batuan gunung berapi dan air laut yang hijau kebiruan disamping taman batu karang yang indah ini mengalu-alukan para penyelam. Pantai ini memiliki kecantikan semulajadi dan tidak mempunyai trek khas untuk sampai ke sana

#2 – Pulau Perhentian, Malaysia

Mempunyai dua pulau utama iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar yang memiliki lebih banyak tempat menginapan, pulau ini antara pulau yang terindah dan memberikan ketenangan kepada para pelancong. Terdapat penyu dan jerung kecil di perairan biru di luar Pulau Perhentian Kecil.

#3 – Pantai Nihiwatu, Sumba, Indonesia

Ia antara pantai yang sempurna untuk para pelancong walaupun jauh. Pantai ini dilengkapi pasir yang bersih, air yang jernih, kurang pelancong serta pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan.

Baca Juga :  LARANGAN BELI MINUMAN BERENERGI

#4 – Teluk Maya, Ko Phi Phi, Thailand

Walaupun pantai ini penuh dengan kehadiran pelancong, Teluk Maya tetap sebuah tempat pelancongan yang sempurna dengan pasir yang memutih dan penuh terumbu karang untuk aktiviti snorkeling. Filem “The Beach” turut difilemkan di sini.

#5 – Pantai Juara, Pulau Tioman, Malaysia

Walaupun pantai ini kurang maju serta kurang dikenali seperti pantai di Thailand, pantai Juara di Pulau Tioman ini memberikan keindahan alam semulajadi dan memberikan suasana yang tenang kepada pelancong.

#6 – Pantai Sunrise, Koh Lipe, Thailand

Ia merupakan pantai yang menakjubkan di Thailand dengan perkhidmatan penginapan yang selesa dan pelbagai pilihan makanan yang menyelerakan. Pulau ini antara pulau yang terkecil di mana anda boleh mengelilingi pulau ini hanya dengan berjalan kaki.

#7 – Pantai Canggu, Bali, Indonesia

Pantai ini menawarkan kesempurnaan kepada anda yang mahu berehat dan mencari inspirasi kerana keindahannya serta suasana pantai yang memukau. Kebanyakan dari pelancong merupakan pengembara dari seluruh dunia.

Baca Juga :  INILAH 5 KEJADIAN LUCU PEMIMPIN DUNIA YANG BIKIN HEBOH

#8 – Tanjung Rhu, Langkawi, Malaysia

Kebanyakan pelancong di Langkawi berduyun-duyun mengunjungi Pantai Cenang tetapi hakikatnya Tanjung Rhu mempunyai pemandangan alam yang indah dan memukau serta dipenuhi ketenangan.

#9 – Pantai Phra Nang, Railay, Thailand

Railay merupakan tempat pilihan untuk pendaki berpengalaman kerana memiliki struktur batu kapur yang kukuh serta beratus-ratus laluan memanjat tebing. Railay cuma boleh diakses dengan bot dari Krabi dan Aonang.

#10 – Haad Rin, Ko Pha Ngan, Thailand

Amat terkenal dengan parti bulan penuh dan ia merupakan antara pengalaman terindah sekali seumur hidup. Di sini terdapat banyak makanan-makanan yang lazat dan masyarakatnya juga peramah.

#11 – Pulau Derawan, Indonesia

Perairan sekitar pulau derawan ini amat dikenali sebagai rumah kepada manta dan penyu hijau. Kebanyakan pelawat akan dapat melihat penyu ketika berada di tepi pulau ini.

#12 – Pantai Puka, Boracay, Filipina

Dikenali sebagai “syurga tropika”, merupakan pantai kedua terpanjang di Boracay dan sentiasa kosong pada kebanyakan masa kerana ketiadaan pusat peranginan di situ. (ikzan)

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here